"Dik, Muhaimin dah ada sebut words tak?."ujar aku kepada adik bongsuku.


"Belum lagi." Jawab dia.


Aku dah tak senang hati dah. Patut budak 1 tahun 8 bulan dan boleh sebut at least 1 patah perkataan bermakna. 


"Aku rasa dia speech delay ni. Takde eye contact dan bila panggil nama dia, dia tak pandang." Ujar aku lagi.


"Kau ada bagi dia tengok handphone ke?" Sebab dari tadi dengar dia sebut Omar Hana bila nak pujuk Muhaimin.


Dia jawab ye. Aduiii. Geram pula aku dengar. Haritu masa aku berpantang lepas bersalin, aku tengok anaknya 'normal' je. Sekarang macam ni plak. Masa tu Muhaimin baru nak setahun.


Tak berapa lama lepas tu, aku dapat tau dari adik ipar yang doktor suspek Muhaimin autism. Aku dengan yakinnya cakap dia bukan autism. Takde ciri-ciri autism pon kat dia.


Aku dah pernah jaga budak autism masa kerja di tadika dan di taska juga pernah ada budak autism. Memang lain dengan anak buah aku sorang ni. Dia hanya ada speech delay je. 


Aku mesej adik ipar beritahu apa benda yang dia kena buat. Handphone dan tv yang paling utama kena stop. Walaupun budak tak tengok tv, kesan dia adalah sama macam budak tu tengok tv juga.


Kedua, bagi Muhaimin bergerak bebas. Tak perlu guna alat mcm stroller tu. Sebab dia dah pandai jalan, bagi je die jalan. Budak-budak kena bergerak aktif dan explore. Otak sukakan pergerakan.


Ketiga, aku ajak dorang join camping. Kebetulan kami pelajar DPCL ada anjurkan camping kat Desaru, Johor lepas raya haritu.  Tak jauh dari Mersing.


Tujuannya untuk Ticer Ina tengok Muhaimin sebab camping ni memang nak bagi kanak-kanak explore dan untuk pemerhatian kite orang tentang behaviour kanak-kanak. Tengok bukan sebarang tengok yeee.


Bermulalah episode bagi Muhaimin explore sekitar pantai Desaru tu. Kalau semua nak tau, pantai adalah tempat yang paling terbaik untuk kanak-kanak sebab dia dah cover 7 sensories kat sini.


Alhamdulillah Muhaimin tidak kekok untuk bergerak ke sana dan sini. Siap singgah di setiap khemah orang. Betul-betul explore!


Pada hari ketiga, tiba masanya untuk Ticer Ina komen tentang parenting style setiap peserta. Aku adalah orang pertama kena tegur sebab tak lepas dari pegang Ameena. Ameena dah pandai merangkak, patut kena lepaskan saja dia.


Untuk adik ipar aku pula, Ticer nasihatkan untuk stop bagi Muhaimin makan roti, bagi dia makan sendiri dan bagi dia explore puas-puas. Camping kami bermula hari jumaat dan  berakhir pada hari Ahad.


Hari khamis lepas camping tu, adik ipar aku share video Muhaimin dah boleh sebut ayah dan dah. 2 words terus. Aku pon share video tu kat Ticer Ina dan kawan-kawan DPCL aku.


Semua rasa terharu dan  happy bila tahu Muhaimin dan boleh bercakap sebab rasa dah bonding dengan dia sejak camping haritu.


Alhamdulillah. Sekarang dah banyak words Muhaimin boleh sebut. Memang nampak perubahan sebelum dan selepas pergi camping tu.


Sekarang, adik ipar aku konsisten bagi dia explore dan bergaul dengan anak-anak jiran di rumah. Sebelum ni, tak bawak main kat luar rumah sebab takut anak masuk longkang. Sabo jelah!


Bulan Julai ni, Muhaimin dah nak masuk 2 tahun. Doakan Muhaimin jadi anak soleh  dan moga Muhaimin membesar dengan baik dan sihat selalu. Insyallah.